zainab binti saidina ali…

Posted on November 17, 2007 by hanahlami.
Categories: arus kehidupanku....

cucunda Rasulullah….

setiap bait-bait kata zainab ini adalah sgt tajam dan tepat…

ketika perbalahan antara zainab dan yazid…ketika itu yazidsedang mengetuk-ngetuk kepala kakanda zainab,saidina hussain yg telah syahid…melihat keadaan itu zainab tidak sanggup membatu diri lantas dia berkata.

"tidak cukupkan kepuasan hatimu membunuh saidina hussain sehinggakan kepalanya pun masih engkau permainkan?tidak cukupkah bagimu menawan keluarganya,mempamerkan mereka di sekitar pekan dan menarik mereka ke hulu ke hilir dan sekarang engkau bertindak zalim ke atas kepala saidina hussain?"

yazid terus mencelah,

"tidakkah abgmu membaca al-quran yg menyatakan kerajaan itu adalah milik ALLAH?ALLAH memberikannya kepada siapa yg disukai.dia mengambilnya dari siapa yg IA kehendaki.kemenangan dan kekalahan datangnya dari ALLAH.ALLAH memberikannya kepada siapa yg dikehendaki.Dia berikan kekuasaaNya dan Dia cabutkan kekuasaanNya daripada siapa juga mengikut kehendaknya.

Try

tidakkah abgmu membaca ayat-ayat ini untuk menyedari bahawa sebenarnya Allah telah mengambil kekuasaan dari keluarga Hussain dan sekarang ALlah memberikan pula kekuasaan itu kepada kami?Allah memurkai Hussain dan merahmati kami…"

zainab menjawab dgn tegasnya,

"wahai yazid apakah engkau menyangkakan engkau telah berjaya mengatasi kami dan engkau menindas kami kerana menyangka kami dimurkai Allah dan engkau lebih hampir denganNya?apakah engkau tidak membaca ayat al-quran y menyebut : Litel_girl_with_quran

dan jika Kami tangguhkan hukuman ke atas org-org kafir atau jika kami tambahkan kekayaan meraka dan meninggikan kedudukan meraka dan menjadikan mereka mati,tidaklah ini sebagai kelebihan mreka mengatasi org lain.bahkan sebagai suatu fitnah ke atas meraka supaya memperbanyakkan hukuman supaya mereka mendedahkan kejahatan meraka sebenarnya…

dunia ini adalah tempat ujian untuk menentukan siapa yg benar2 patuh kepada Allah dan siapa pula patuh kepada syaitan.hingga ke hari kiamat org mukmin akan teguh berdiri di belakang saidina hussain , mengirimnya salam sbg suatu simbol penghormatan sejati sedang kebencian terhadapnya engkau akan berkekalan."

yazid tidak sanggup lagi mendengar kata-kata pedas dari zainab.atas dasar kesombongan, bangga diri, yazid tidak mengaku kesalahannya.dia menyuruh pengawal-pengawlnya membawa zainab dan tawanan2 pulang ke negara masing2…

sumber rujukan:wanita yg dikasihi…darul nu`man…