drug delivery system-practice…final exam…

Posted on April 21, 2008 by hanahlami.
Categories: arus kehidupanku....

21 april 08

7.45 am: makan nasi lemak as my breakfast yang telah dibeli oleh ayah…after that,start engine kereta…drive sendiri pi kolej…selawat banyak-banyak dalam kereta cos sgt2 takut utk lab exam…

8.05 am: sampai kolej and terus naik tingkat 3,terus ke pharmaseutical lab…tengok dekat lab notice board…exam di first pharmaseutical lab…aduhhhh,group dengan student pepandai…Ya ALLAH,mampukah hambamu ini berada bersama-sama mereka???takutnyer…

8.30 am : "eman,kiraan dalam note cik saiful nih salah"tegur kak fida…"ya ALLAH, kak fida jgn la ckp cam tu…eman refer note ni jer…"never mind la…tawakkal jer nanti…

8.45 am : pintu makmal dibuka and semua yang telah diarahkan untuk jwp exam dkt lab tu mesti masuk la…masuk dengan langkah kaki kanan…bismillah…

8.50 am : masuk lab and pilih meja…budak naughty mestilah nak duduk belakang…hehehehe…tak der lah…tempat tu dekat dengan troli yang ada substance…cepat sikit kerja…"anda diminta utk mengisi borang kehadiran yang terdpat pada kertas jawapan…"tak sampai seminit kemudian…"boleh menjawap sekarang…"

9.00 am : fuh soalan…mcm best…mcm pernah kulihat soalan ini..tapi dimana ya?hehehe…badjet senang la…"tak da maknenyer"…"eman, attendance slip mana?" tanya Tn Hj Rahim yang sporting…"lah silap tanda la tn hj…sat saya buat balik…"adoi gabra sangatkah zatul iman???cincai je la isi borang tu…

9.30 am : masa berlalu begitu pantas…30 minit telah berlalu…satu sediaan pun belum mulakan lagi ni…relaks,org lain pun tak start lagi…tulah bestnyer duduk belakang…boleh tgok perkembangan org lain…hehehe…"kira dos ubat dulu eman,jgn dok tgok org lain…"

9.45 am : mulakan sedian pertama…syrup BP @ syrup complex 17.52ml,vitamin A and D, 5.25ml and so on la…try campurkan kedua2 bahan ni…"aiyoooo,awat demer tak mau larut nih!!!"…orang lain dah triturate dah,lab tu dah mcm bunyi dekat dapur,org tumbuk sambal belacan..hehehe…buat ubat nih pun bleh practice utk memasak…

around 9.50 am : tinggalkan dulu bahan2 yang tak mau melarut tadi…lompat ke preparation nomber 4…tawakkaltu ala ALLAH…hope menjadi la…lastly jadi juga…ubat external yang berwarna pink…nak cuba?tuan yang buat pun tak berani cuba…

lbh kurang 10.15 am :nak try buat krim…water 10ml,alahai lupa plak 2 lagi bahan,centrimide 2%, 1.25ml…ok firstly panaskan water dalam satu bikar dan panaskan lagi dua bahan(lupa la nama bhn tu) dlm satu bikar yang lain…tunggu dua-dua bikar tu panas…agak-agak air dan oil tu sampai suhu didih yang sama baru campurkan…sementara nak tunggu dua-dua bahan tu melarut dan panas,buat la kerja lain dulu…after rase dua-dua bikar tu sudah mencapai ciri-ciri untuk membenarkan mereka dicampukan,campurkanlah demer…alamak "asal tak jadi mcm warna susu pun…selalunya crim warna putih susu if tak masukkan colouring agent…sah tak jadi…maybe air tu tak panas lagi kot waktu masukkan tadi…"

10.30 am : ALLAHUAKBAR baru satu preparation je yang siap…report satu per pun tak tulis lagi…ok tak per try buat balik preparation yang first tadi(yg tak mau melarut tu)…try-try buat menjadi la jugak KOT…"tak tau la cik buat apa"…asal siap sudah…

around 11.00am : tinggal lagi 30minit…try lagi skali buat krim…panaskan dua-dua bahan tadi and air…buat labelling and tulis lab report utk dua preparation yang dah siap tadi…tak sempat nak tulis jalan kerja pengiraan dia…main tulis je Rx dia…"gasak la eman oi"…rasanya tulisan yang paling buruk pernah ditulis dalam peperiksaan…no more tidiness…comot sgt…takper asalkan siap…ok,dua bikar tadi dah berasap-asap…mungkin jadi kali nih cos tadi demer tak berasap…dengan yakinnya ana pun campur la dua-dua bahan tu…Ya ALLAH tak jadi juga nih…still tak jadi warna putih susu..nak nangis…takkan nak hantar dua preparation je kot…tak mau repeat next sem…Ya Allah tolong….

11.15 am : another 15 minit to go…alhamdulillah semangat masih Allah berikan…chaiyok2 eman…pi la timbang balik bahan-bahan untuk buat crim tu…lalu la my lab lecturer…"cik faisal, saya punya bahan ni bila campur jadi macam berminyak…tak jadi langsung warna susu…"senang jer cik faisal tu cakap, " o,yeker…tak tau la kenapa…" Ya Allah nak nangis jer waktu tu…after that Tn Hj lalu…ana tak puas hati nak tanya plak dekat tn hj "TnHj saya buat crim tapi dia jadi berminyak and tak form warna susu pun…nih dah masuk tiga kali dah saya buat…"dengan tenang tn hj menjawap "ooo,yeker…tak per awak hantar jer apa yang awak buat…"lega rasanya bila tn hj kata mcm tu…

11.20 am: ada lagi 10 minit…ok,bahan-bahan yang utk buat crim tadi dah panas dah…ok campur jer…still jadi mcm td…never mind eman,hantar jer apa yang jadi tu…kcau la larutan tu tapi still sama jugak reaction nya…tp ada lagi satu bhan yang ana tak masukkan lagi,centrimide 2%,1.25ml…dengan sepenuh kebergantungan pd ALLAH ana pun picit la syringe yg mengandungi centrimide…bismillah…setelah centrimide tu larut jer dalam bikar tu, pommmm jadilah sediaan tu warna susu…alhamdulillah,yeeeee…jadi jugak akhirnya…rpe-rupenyer centrimide tu punye pasal la tak jadi sebelum tu…

11.30 am : tiba-tiba tn hj as our examiner "ok semua…berhenti menulis"…waktu ni lah ana membuat touch up terakhir…hentam sajalah soalan 5 ni…alhamdulillah sbb sebelum tu dah jawap mana yang ana tahu…kirenya tinggal soalan yang tak berapa nak confident…gasak je la…dah usaha kita tawakkal…kata2 wajib kak long after dia habis exam…walau macam mana pun tak sempat jugak nak sediakan another one preparation…dpt hantar 3 je sepatutnya 4 preparation…tp apa-apa pun alhamdulillah..

telah berakhir sudah 2jam 30 minit yang menakutkan…sekarang kertas jawapan dan sediaan telah dihantar kepada lecturer… sekarang semuanya bergantung sepenuhnya pada ALLAH…do pray for me for another 7 papers…chaiyok2 eman….

(kesilapan ejaan harap dipedulikan sahaja… hehehe…pepaham la ye…)